Sunday, August 28, 2011

Ayah.

Rasanya semua dah tahu ayah terlibat dlm kemalangan baru baru ni. Pagi 27th July, ayah dlm perjalanan balik ke Trolak utk kerja dia terbabas then hit by a car dari depan. He got major inner injuries. Masa adik call bgtahu aku masih dekat Terengganu, masa tu ingat lagi dalam perjalanan nak ke cafe sbb nasi yg beli masa pagi tu aku rasa tak lalu gila nak makan nak buat makan lunch. Masa on the way pegi cafe, baru tengok handphone sbb pegi meeting pagi tu aku silent phone. Bila dah on tu ada banyak missed called. Bila check inbox, ada mms gambar kereta ayah remuk gila. Terus luluh rasa jantung berhenti kejap. Call adik sbb nak confirmkan, aku menangis masa tu orang lalu lalang semua berhenti peluk suruh aku kuat.

Bila dah terduduk tu, aku jadi blur tak tahu berfikir nak buat apa. Masa tu terus rasa nak balik Ipoh on the spot sbb ayah admitted kat GH. Terus call shafik, kebetulan dia tak kerja. Aku ajak dia balik, tak kira apa dah. Tapi memang dia kena kerja malam kalau ikut shift. Alhamdulillah, Tuhan tu maha berkuasa dia call suruh aku siap, then kita balik Ipoh. Lega. Masa tu kakchik, adik perempuan yg dkt puncak alam tu tak tahu apa apa lg. Mmg aku nekad taknak bgtahu awl tunggu sampai ktrg sampai sana baru ambil dia bawa balik. Adik aku yg sorg tu jenis lemah semangat. takut dia jadi apa apa. Shafik lah banyak nasihat, suruh banyak berdoa sepanjang perjalanan nak sampai ke Perak tu. Alhamdulillah. Ptg sampai puncak alam explained dgn kakchik kena balik skrg ayah tunggu kita then kakchik blur gila masa tu aku nangis peluk dia cakap yg ayah accident suruh dia pack barang terus gerak balik, then sampai GH malam dalam pukul 10.

Masa tu, Tuhan je yang tahu. Sampai sana tengok mak terjelepek dekat kerusi luar wad HDU. Kami terus masuk tengok ayah. MasyaAllah. Totally tu bukan mcm ayah yang dulu dah. Penuh tubes, masa tu ayah kritikal, cuma bernafas guna ventilator 20/80. Machine 80%. Rusuk kiri semua patah, belah kanan patah 3, darah banyak gila keluar dari peparu sbb banyak arteri pecah, buah pinggang kiri ayah rosak, kaki ada screw sebab fractured. Doc ckp, masa tu ayah dimorfinkan, comma untuk 5 hari sepatutnya. Tapi ayah tak sedar juga sampai hari ke 8 baru ayah celik mata. Masa tu kakchik dgn mak masuk lepas subuh. Berkat sembahyang hajat berhari bermalam. Allah dengar doa anak anak ayah. Masa hari kedua, ramai datang bawa air yassin. Hari kedua ayah survive gila, air mata meleleh. Tghari tu jantung ayah berhenti sekejap. Doc kelam kabut lari sana sini nak selamat kan ayah. Masa tu kami semua hanya mampu berdoa, tawakal kpd Allah. Turunkan kejaiban demi ayah.

Day 2 at GH, Ipoh

Badan ayah membengkak :(

Orang tak putus putus datang bawa air zam zam, yassin utk ayah. Ramai gila kawan kawan ayah datang dgn sedara mara yg tak berhenti bagi sokongan pada kami. Sedap kan hati. Sehari sebelum puasa, sayu gila rasa bila tengok muka ayah. Tak bermaya. Semua dgn bantuan machine. Tuhan je yg tahu mcm mana kami sekeluarga rasa. Kalau ada kaki 2 sebelum ni utk berdiri, masa tu ibarat kaki sebelah lagi dah patah. Takda. Tapi, aku saiko diri sendiri selalu doa selalu yakinkan diri yg ayah ni kuat. Ayah mesti boleh demi MAK, ADIK ADIK.

Masa dkt GH, perubahan hari demi hari tak nampak obvious sgt. Badan makin bengkak. Jadi, aku ambil keputusan nak pindah kan ayah ke KPJ, Ipoh. Memandangkan jaraknya dekat, lagi pon ayah ada panel. Takkan nak tunggu lagi kan? Aku dgn Iejam (adik lelaki) bawa surat GL, terus pergi sana jumpa Dr.Ting. Terima kasih byk aqi, suggest kan. Lepas explain semua dari A-Z dgn doc, dia cakap kena tunggu approval dari GH baru boleh transfer. Sbb kes mcm ni mmg susah diorg nak bagi pindah lgpon ayah masih lemah masa tu. Aku merayu rayu dgn pakar dkt GH, nak bawa ayah ke KPJ. Tolonglah lancarkan proses pemindahan dia. Bkn sbb GH tak bagus, tapi ayah layak utk dapat service yang lagi baik. Hari ke 8 ayah sedar, doc check darah, jantung, paru paru dia semua recovering. So baru diorg release ayah admit ke KPJ tapi dgn syarat tanggungjawab kami sendiri. Aku redha.

Demi yg terbaik utk ayah, pihak KPJ hospital dtg ambil ayah dgn ambulans diorg. Masa nak pindahkan tu faham faham je lah cemas gila nak turun dari tingkat 4 ke bawah. Dengan tunggu lift nya lama. Ayah cuma benafas guna alat bantuan tu je. Nampak letih sangat. Ayah kira beruntung peparu dia kuat mengepam sbb dia passive smoker. Alhamdulillah. Sampai KPJ, doc dgn nurse concern sgt cuci ayah bagi mandi, shave mana yg perlu. Bagi ubat. Doc ada bgtahu yg semua ok. Cuma ayah tak kencing banyak risau urine tu jadi racun dlm badan. Masa di GH, diorg sempat buat dialysis darah utk ayah sbb katanya nak bantu kidney utk functioning dan nak kurangkan bengkak.

Bila sampai KPJ, doc terkejut kenapa buat dialysis sedangkan buah pinggang dia sebelah je rosak. So masa tu kami serahkan bulat2 pada doc cuma visiting hours je kami dtg. Sbb ICU tu mana boleh orang suka hati masuk. Hari kedua di KPJ nampak ayah berubah. Jadi tenang je bila fikir balik. Kami semua ponteng cuti seminggu jaga ayah. Tak sampai hati langsung nak tinggal dia. Aku tak fikir kerja dah. Fikir nak ayah sembuh je.

Day by day masa ayah dkt KPJ, terlalu banyak perubahan positif. After ayah recovering, aku decide nak balik Kerteh semula tapi nekad nak balik Ipoh setiap weekend. Begitu juga kakchik dgn adik. Tinggal lah Iejam dgn mak. Rasa bertuah gila ada adik yang baik, tulus gila jagakan ayah jagakan mak. Masa di KPJ ayah banyak buat operations. Tebuk sana sini, kepala dgn kaki. Siap ada satu masa tu doc ckp dia terpaksa tak bius, sbb peparu ayah lemah takut dia boleh koma balik. Ayah cerita dia buat hidup2, sakit sangat. Dia siap ckp kalau ayah tak kuat, ayah dah lama takda. Sedih oh.

Kasihnya isteri bawa ke syurga.

Before first operation.

Dr Ting.

Transferring to KPJ.

1st night masa dkt GH (Adik, Ijam, Shafik)
Kesian tido atas tikar dkt kaki lima je.

5 hari lepas ayah discharged to ordinary ward, dia dah bising gila dgn mak nak balik kampung. Nak balik raya. Bila aku dgn kakchik sampai jumaat tu, bincang dgn doc memang doc galakkan utk balik. Ye lah mana ada tempat selesa yg setanding dgn rumah kan? Sabtu pagi start packing, settle kan payment. Rupanya even ada panel pon, ayah kena bayar 1 pine darah Rm200. Total cost Rm800 utk 4 pine. Nanti boleh refund kalau ada sape2 boleh dermakan balik darah. Aku bkn apa, nak sangat derma tapi berat tak pernah cukup. Masa on the way balik rumah semalam, mcm tak percaya pon ada ayah dah makin baik, dah boleh naik wheelchair aku tersenyum seronok campur sedih. Cuma lepas ni ayah kena follow up once a week utk pergi KPJ rawatan susulan. ALHAMDULILLAH.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan ayah dan kami sekeluarga. InsyaAllah selagi aku bernafas, aku mampu demi Allah aku akan jaga ayah tanpa rasa penat tanpa merungut walau satu pon. Ayah, you is a strong man i ever have since 24 years old i breath. I love you so much, ayah. Lots of love to Shafik for being my strong and truly advisor. Relatives. Friends. THANK YOU SO MUCH. Hanya Allah boleh membalas semua jasa baik anda semua.

Ayah tak bermaya sgt kan? Tapi tangan tu selalu tunjuk a good sign :)

While waiting ayah to discharge.

Iejam, Kakchik, Ajim, Ayah & Mak :')
Home sweet home

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

4 komentar hebat:

si uniformbravoindia said...

gua jarang baca entri yang panjang lebar mcm karangan.

tapi entri lu ini betul2 buat gua nk cont. baca sampai abes.

syukur selamat.
raya kali ni gua gerenti pasti paling bermakna buat lu n famili.

selamat hari raya!
:)

pompeiibahrin said...

Alhamdulillah.. :)

dobot said...

Alhamdullilahhh :)

cik hani said...

alhamdulillah ayah awak makin sembuh..

pasni rajin2 bwk g follow up kat doktor...

selamat ari raya..